Kelas Bahasa Melayu (Kata Nama)
7 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniPada 6 Disember 2018, telah diadakan kelas pembelajaran Bahasa Melayu dalam topik Kata Nama bertempat di Bilik Latihan PI Kg Karangan. Kelas yang diadakan selama 2 jam ini disertai oleh 7 orang pelajar sekolah rendah dan mereka menjawab soalan kata nama yang dipaparkan di skrin masing-masing. Kelas pembelajaran ini adalah melalui permainan Quizizz yang membolehkan penilaian formatif pelajar dijalankan dengan cara yang menyeronokkan dan menarik bagi pelajar semua peringkat umur. Daripada kelas yang diadakan, dapat membantu para pelajar memahami makna dan penggunaan kata nama yang sesuai dan betul.
Quizizz boleh dimainkan oleh pelajar menggunakan mana-mana jenis peranti dengan pelayar, termasuk PC, komputer riba, tablet, dan telefon pintar. Soalan muncul di setiap skrin pelajar, jadi mereka boleh menjawab soalan dengan pantas, dan mengkaji semula jawapan mereka pada akhirnya. Daripada kelas pembelajaran ini, para pelajar akan lebih lebih terdedah kepada ilmu kemahiran ICT yang boleh digunakan dalam perkembangan pembelajaran mereka pada masa akan datang. Selain itu, kelas ini memberi kemahiran menggunakan perisian komputer serta melatih pelajar supaya berfikiran aktif dan kreatif untuk menjawab soalan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan.
Kami kakitangan PI Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran para pelajar yang berminat untuk menyertai kelas secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet yang disediakan di PI Kg Karangan. #ManfaatkanTeknologiDiHujungJari
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: